cintaku milik ALLAH
sabar, tabah dan cekal permainan dalam kehidupan
Thursday, June 7, 2012 | 9:28 PM | 0 comments
dengan tanah allah jadikan kita , dengan tanah juga kita dikembalikan kepadanya . kawan, sudah 9 hari lebih kurang lamanya abah awak tinggalkan awak dan keluarga . sayu hati apabila mendengar berita tentang pemergian arwah abah awak .

siapa yang tidak sedih dengan pemergian orang yang disayangi lagilagi seorang ayah yang banyak pengorbanannya . awak kelihatan seperti seorang yang tabah . cekal dan redha dengan apa yang berlaku . sudah suratan takdir, kita tiada hak untuk melawannya . tapi, saya tahu awak sebenarnya menanggung beban yang berat , cuma, kesedihan awak, awak tak paparkan kerana awak nak kuatkan mak dan adekberadek awak yang lain .

memang itulah yang seharusnya awak lakukan . biarlah yang pergi, kerana yang pergi tidak akan kembali . maka, hargailah orang yang masih dtinggalkan . janganlah sentiasa bersedh dan terlampaw taksub memikirkan benda yang telah lepas . simpanlah memorial awak dan keluarga awak bersama arwah abah yang tersayang didalam minda dan sematkan didalam hati .

lakukanlah apa yang dipinta . tunaikanlah hajatnya . walaupun, dia sudah tiada, tapi, awak harus tetap buktikan yang awak boleh lakukannya . dan saya juga tahu awak mampu !

beri sedikit waktu untuk awak kembali pulih dalam kesedihan . janganlah memaksa diri untuk menerima terus sesuatu yang kita sendiri tak jangka akan berlaku dan akhirnya berlaku . tanggungjawab awak adalah menjaga mama awak sebagaimana arwah abah menjaganya . hiburkanlah hatinya . bahagiakanlah dia dengan kejayaan awak yang insyaallah menjadi milik awak suatu hari nanti ,

saya sebagai kawan awak hanya mampu memberi semangat . saya yang melihat pun sudah berasa sedih inikan pula awak yang duduk didalam situasi yang dimaksudkan . semoga awak dan keluarga tabah melalui likuliku kehidupan yang masih panjang . kuatkan diri wahai kawan :)

hazim, kau adalah insan yang terpilih . ALLAH lemparkan ujian ini kerana ALLAH tahu kaw boleh !


Older Post | Newer Post


Cutie Sweetie Girl
assalamualaikum
i'm shiqin
already 16 y/o
forget the past start it back !

Say Your Word
Letak code cbox


Thank To Them

Template : Gadis suka makan
Sources : ????
Header : Gadis