cintaku milik ALLAH
keinsafan hadir bila kita dekat dengan ALLAH
Thursday, June 7, 2012 | 9:00 PM | 0 comments
Kadang-kadang kita tergelak sendirian. Lucu mengenangkan zaman kanak-kanak yang penuh dengan pelbagai kenangan manis dan pahit. Semua memori itu telah tertinggal jauh, namun semuanya masih tersimpan rapi .

Hati mula tertanya-tanya di manakah sekarang rakan-rakan sepermainan dahulu. Sihatkah mereka? Berjayakah mereka? Dan pelbagai lagi soalan yang timbul.

Dalam proses yang bertahun-tahun lamanya itu, kita juga melalui zaman remaja. Zaman sekolah menengah jauh ditinggalkan.

Namun kegembiraan bersorak-sorakan dalam kelas apabila guru tiada masih menggamit di ingatan. Alangkah manisnya saat itu. Tapi dalam kemanisan itu,  masih terselit hempedu.

Setiap insan mesti mempunyai pengalaman pahit di saat kanak-kanak mahupun remaja. Sememangnya insan tidak pernah terlepas daripada melakukan kesilapan yakni yang besar mahupun yang kecil.

Malah, kesilapan yang pernah dilakukan juga menyebabkan perjalanan hidup yang dirancang pada awalnya juga mungkin jauh berubah.

Kesilapan ini jugalah yang mungkin meninggalkan titik-titik hitam sebagai kesan dalam buku kehidupannya, walaupun cuba dipadam namun ia masih disitu. Ia tetap teguh di situ walaupun berbagai cara digunakan untuk memadamnya.

Namun, kesilapan itu semualah yang mematangkan kita hari ini. Gagal dalam  peperiksaan, kecundang dalam percintaan, gagal dalam perniagaan, tersadung  ketika berlari dan pelbagai lagi kegagalan yang tidak mungkin dapat dihuraikan satu persatu hanya di sekeping kertas.

Ada yang masih tidak serik, mengulangi  kesilapan yang sama berulang kali hanya kerana mengikut hati dan bukan akal.  Ada juga yang bijak, muhasabah diri, cuba mencari apakah kesilapan mereka  yang menyebabkan mereka jatuh.

Dan dari cebisan-cebisan kegagalan ini ,lahirlah pula buku motivasi diri di dalam hati yang penuh dengan pengajaran. Dan isinya diaplikasikan sehingga membawa mereka berjaya sampai ketahap hari ini, sebagaimana apa yang mereka inginkan.

Sepertimana kata-kata diatas, titik-titik hitam itu terus berkekalan. Tidak memberi  ruang untuk dihapuskan. Sebagaimana kita tergelak sendirian, seperti itulah juga  kadang-kadang kita menangis sendirian, mengingati kesilapan yang kita lakukan, yang tidak mampu kita perbetulkan kepada yang asal, sebagaimana sebelum adanya titik-titik hitam itu.

Kita mungkin boleh memperbaiki keadaan dan memulihkannya tetapi ia tidak pernah kembali kepada yang asal, sebagaimana sebelum ia dicoretkan dengan kehitaman itu, kerana ianya hakikat. Dan kita harus menerimanya.

Tapi perlukah kita menangis apabila kita mengingatinya?

Kadang-kadang kita emosional, bertanya sendirian mengapakah kita berfikiran cetek sedemikian rupa  sehingga boleh melakukan kesilapan itu walaupun di saat itu, kita sudah tahu apa yang kita lakukan itu salah? Walaupun kita cuba mengubahnya sekarang, ia  sememangnya berkesan namun ia tidak dapat mengembalikan keadaan seperti sedia kala.

Kita terfikir. Mampukah kita menghadapi itu semua sehingga hujung nyawa?  Tidak usahlah menangis dan bersedih.

Yakinilah ia semua itu untuk pengajaran kita juga. Jika tidak berlaku itu  semua, tidak mungkin kita akan menjadi kita sebagaimana berdirinya kita hari ini. Dan kebanyakan orang yang berjaya dalam  hidupnya sememangnya melakukan berbagai kesilapan, Cuma kita yang  tidak mengetahuinya.

Biarlah semua kenangan pahit itu berlalu.Jangan diungkit lagi. Walaupun sukar melupakan, mungkin kerana suasana dan keadaan yang memaksa kita  mengingatinya, hadapilah semua dngan tenang dan terbuka.

Yakinilah kesilapan itu terbaik dalam kehidupan kita. Dan terus belajar dari kesilapan yang seterusnya.  Bukalah langkah baru dan teruslah melangkah tangga kejayaan yang kita inginkan.

Mungkin ada juga tohmahan dilemparkan oleh sekeliling namun bersabarlah.  InsyaAllah semua itu akan berlalu bersama masa.

Sebagai Muslim, berdoalah kepada Allah, mudah-mudahan  hati kita kuat untuk melaluinya dan bertawakallah kepadanya  akan tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui mengapa Dia turunkan  hujan tatkala kita mengharapkan mentari.



Older Post | Newer Post


Cutie Sweetie Girl
assalamualaikum
i'm shiqin
already 16 y/o
forget the past start it back !

Say Your Word
Letak code cbox


Thank To Them

Template : Gadis suka makan
Sources : ????
Header : Gadis